Selamat Ulang Tahun Yang Ke - 6

Assalamualaikum, Salam Sayang dari saya.

Selesai menerima kunjungan sahabat-sahabat aku, yang selalu ada dengan aku kala senang dan susah.

Jatuh bangun kita bersama, aku hargai sangat segala effort yang hampa buat untuk aku. Aku ingin menyuratkan perasaan aku pada ketika ini (bukan dari rentetan cerita sebelum ini)

Pada hari ini ketika 23/03/2012 ( 6 tahun yang lepas), hari dimana aku dan dia telah pon memberitahu isi hati masing-masing. Siapa sangka sekejap sahaja sudah 6 tahun berlalu. Hari yang membuatkan aku rasa sengat penuh bermakna, apabila dia berkata ya untuk aku menjalinkan pertunangan bersama dia.

Ingin aku sampaikan di sini bahawa, semenjak hari pertama aku kenal dia, perasaan aku terhadap dia tak pernah sedikit pon berubah walaupun sudah 6 tahun berlalu. Sedangkan lidah lagi tergigit, memang laa ada ketika kami berselisih faham, akan tetapi rasa cinta ini tak pernah langsung berkurang.

Segenapnya 6 tahun kami ini, aku ingin berkata, aku rindu padanya, aku sayang padanya, aku kasih padanya, aku cinta padanya. Perasaan ini yang sedang menjerit di dalam hati ku. Rindu aku ni, hanya "Sang Pencipta" sahaja tahu. Aku teringin melihat namanya di telefon aku, aku ingin merasai kemanjaan dia terhadap diri ini.

Yaa, aku sayang dia kerana telah aku habiskan segala rasa cinta ini untuk dia. Yaa, telah aku habiskan segala rasa sayang ini hingga tiada lagi saki baki hanya untuknya. Yaa, aku berikan segala rasa perasaan ini untuk melihat dia bahagia kerana itu sifat aku, melihat orang yang sangat aku sayang sentiasa tersenyum.

Andai kata dia masih mampu mendengarku, andai kata dia masih lagi ada untukku, andai kata dia sayang padaku. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga jiwan dan raganya sedaya yang aku mampu. Akan aku cuba lindungi dia dari segala ancaman agar dia berasa selamat di setiap kali aku mendakapnya.


Jiwa aku terus menjerit namun tiada suara kedengaran untuk menyatakan bertapa sayangnya, rindunya aku padanya. Bagi aku, dia lah kebahagiaan aku sepanjang aku bersama dia. Telatahnya, Buffy dia, semua yang sentiasa membuatkan aku tersenyum.

Selalu dia bertanya pada aku, "Kenapa kalau cakap tentang perasaan, tak boleh tengok mata dia (nama pangillan di rahsiakan) ?". aku selalu berkata sememangnya itu cara aku, sedangkan jawapan yang sebenar adalah "Bila saya ucap tentang perasaan saya terhadap awak, bila saya tengok wajah awak, saya tak cukup kuat. Tak cukup kuat untuk bayangkan sekiranya saya akan kehilangan awak". itu jawapan saya. Saya memang seorang yang kuat personaliti, tetapi kelemahan saya ada pada awak dan juga seorang lagi wanita yang saya sanjung dunia akhirat iaitu bonda saya.

Hidup saya, kebahagiaan saya cuma untuk melihat awak dan mama terus tersenyum. Saya sayang sangat-sangat kat awak, meski pun awak sudah tiada lagi. Telah aku habiskan sisa Cinta dan hidupku hanyalah untukmu. Benar, aku selalu terlintas andai hidup aku tanpa dia. Dapatkah aku yang lebih indah dari apa aku ada ini?. Benar, aku selalu bermimpi tentang indah hari tua kita bersama. Awak tetap cantik dengan mata kecil awak meski pun ia kian kabur.

Sekian, Post untuk kali ini. Ikutkan panjang lagi nak tulis lagi, tapi kena jaga BP and kena makan ubat tidur untuk bantu aku tidur. Kalau tak, nanti tak pasal-pasal heartbeat laju even time tidur.

Ok guys, Salam. Semoga jumpa next post yaa.



Comments

Popular Posts