Jarum Cucuk

Assalamualaikum, Salam sayang dari saya.

Harap semua kelia selalu laa yaa.

Jarum, ada satu hari tu, geng-geng perempuan kelas aku kena p cucuk. Cucuk apa tah namanya, maaf tak ingat. Let it be lah. Ok so, dia ni seorang gadis yang takut akan jarum, Memang takut betoi-betoi, bukan main-main. So masa tu dia dah rapat dengan aku, akulah yang dok bagi kata-kata semangat kat dia sebab kalau diikutkan tu dia memang tak mau cucuk.

So dia pon p laa cucuk tu, selang beberapa minit, dia pon balik laa dri tempat cucuk. Dia punya muka. Memang macam budak baru lepas nangis. Saat tu, dia memang tak banyak cakap. Masam jaa muka dia. kawan-kawan lain cuba nk ketawakan dia pon kena sound balik.

Aku pon p laa dok kat tempat duduk aku balik (Sebab tempat duduk kami bersebelahan). Sama aku duduk jaa. Dia terus mintak sweater aku dan pkai secara terbalik. Ramai geng-geng kami masa tu agak hairan laa sebab dengan aku sahaja dia bercakap. Macam biasa laa (pakat dok lawan kenen-kenenkan aku laa dengan dia). Aku pon mula cakap balik dengan dia without tanya pasai cucuk tu. Aku tanya dia bila nak balik Cameron Highland (Ayah dia kerja di Balai Bomba Cameron Highland - Stay di Ringlet). Dia pon jawab dengan baik pada hari sekian-sekianlah.

Dari situ, aku dapat rasa yang dia lebih percayakan aku dari orang lain. Hati aku dah mula berkata yang "Dialah #TheOne" tapi aku berkata "Jangan terlalu cepat sebab hati aku sangat lembut". So kami berkawan macam biasa. Rapat, mesra dan sharing each other (Still dalam keadaan teman baik).

Setelah beberapa minit kami borak, dia kembali tersenyum. Dia ni bila senyum memang mata dia nampak macam tak buka (Sebab dia MK aka Mata Kecik). So pada masa tu, dengar dan lihat kembali senyum dan tawa dia pada hari tu dah kembali macam biasa.

The point of this post, masa tu dia memang harapkan aku untuk ada bersama dia, dan alhamdulillah aku ada dengan dia masa tu. Dia anak tunggal dan selalu refuse kata yang dia ni manja. Yaa betul dia tak manja sebab dia seorang anak tunggal dengan independent. But when she with me, she show her  true color. Just for me. Thanks for always trusting me.

Sekian post hari ini dengan topik "Jarum Cucuk".


Comments

Popular Posts