"Ni menatang apa?" (27 March 2011)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Harap semua dalam keadaan baiklah. So, tajok hari ini berkenaan tarikh. Kenapa "Backdate" ?

27/03/2011
Tarikh di mana aku melangkah masuk di sebuah kelas (Pra U1 - Gamma) iaitu di Koleh Sultan Abdul Hamid (KSAH) aka (SAHC). Semasa dalam kelas, aku introduce diri aku dekat semua kawan-kawan yang baru aku kenal, maklumlah aku ni kan "Kacau Pala" orangnya. Sentiasa penuh dengan keceriaan dan gelak tawa. Masa tu aku bergaul dengan semua kawan-kawan dalam kelas. Cuma dengan seorang gadis ni sahaja aku tak introduce diri lagi. Tanpa ada sebarang punca, aku perlahan-lahan memandang terus ke arah dia (Bukan sebab bku jatuh atau apa jua kelakuan yang boleh buat kita kalih tengok). 

Sama-sama tengok jaa, terus aku perhatikan dia untuk beberapa minit, tetiba masa berlalu dengan perlahan (Cewah macam hindustan  aih). Tapi itu yang aku rasa. Lantas hati ku terdetik terus mengatakan yang "Dia ni tak lama lagi akan jadi someone dengan aku ni(Special One)". Seriusly aku tak pernah rasa macam tu, jujur cakap laa.

Bila dah tengok, terus aku p kat dia untuk mula bercakap dengan dia. Masa tu dia berpakaian sekolah (Bertudung), kasut hitam, bag warna merah dan jam warna merah (Jam dia pakai tu besar macam g-shock). Aku menyapa dia dengan satu teka teki(Yang tah apa-apa). Bertentang dengan dia, aku tanya dia, "Ni menatang apa?" sambil menggerakan jari tunjuk aku. Dia pon balas "Cacing?". Aku balas "Salah". Ulat?. Salah. "Dah tu apa?" dia bertanya. Aku jawab "Ini seekor kuda laut". Dia pon tersenyum.

Lagi aku bertanya lagi pada dia, "Ini menatang apa pulak?" sambil gerakan kelima-lima jari aku. Dia jawab "Obor-obor?". "Salah"jawab aku. "Sotong?". "Salah". Dia pon dah blur sambil nampak laa muka blur dia tu. Aku jawab "Sekumpulan kuda laut". Dia punya reaction, gelak laa tak tau nak habaq. Masa aku tengok dia gelak, aku rasa bahagia sangat-sangat. So, lepas teka-teki tu brulah aku tanya nama dia,stay mana,panggil apa dan standard soalan nak kenai dengan member-member laa.

Ok, Takat tu dulu aku tulis, nanti sambung lain pulak. Assalamualaikum, Have a nice day!


Comments

Popular Posts