Hari Esok

Assalamualaikum, Selamat Pagi.

Di harap semua sihat segalanya.

Aku masih lagi admit warded. Bosan sebenarnya dalam ward ni, so tulis laa aku di sini. Kenapa hari esok?

Hari esok, adalah hari yang selalunya kami nantikan. Hari dimana kami rasa "Renew" semuanya. Seronok sangat, tepat pukul 12.00am memang kami akan lawan sapa akan wish dulu.

Ada satu tahun tu aku terlupa nk wish, perempuan kan?, mesti laa bengkak laa. Lupa aku bukan disengajakan, masa tu aku sibuk mencari / mengumpul wang untuk halalkan dia. 

Terus terang aku cakap yang aku bukan datang dari keluarga yang senang. Dia pon tak mintak tinggi, memang keluarga aku mampu support untuk kenduri akan tetapi sengaja aku simpan sendiri untuk mengajar diri ini erti tanggungajawab. Memang full effort aku bagi komitment untuk menghalalkan dia, tanpa ada rasa terbeban walau sedikit pon, apatah lagi penat.

Semalam, aku bermimpi dia bersama babanya. Bahagia yang teramat sangat. Namun, setelah sedar, heartbeat aku kembali berdegup dengan laju, aku sendiri tidak faham mengapa, sedangkan aku diperlihatan pekara yang indah sangat.

Walau bagaimana pun, aku kena stay strong juga. Esok aku harap aku dapat menghadapinya dengan baik, walupun hati ini takut hanya allah sahaja yang tahu. Takut dengan sebab-sebab tertentu. Sekarang aku under ECG Observation. Harap semua dalam keadaan baik. Ins'allah sebab La Tah'zan, Innallah Maa' na.

Sekian dulu penulisan aku kali ini sebab heartbeat sudah kembali laju. 

Salam, Have a nice day.


Comments

Popular Posts