Sepi Seketika
Assalamualaikum, Selamat Pagi
Lama aku berdiam kerana kesibukan menguruskan perihal untuk aku majukan diri dalam dunia yang penuh dengan cabaran (Jika Nyawa Masih Di Jasad). Maaf kerana sudah lama aku tak menulis di blog ini. Walaupun aku tahu tiada yang membaca hanya sekadar coretan atau luahan hati seorang insan.
Apapun, jauh di sudut hati ini, masih ada rasa "Ketakutan" untuk menemui beberapa tarikh dalam jiwa ini. Terutama 3 hari terakhir bulan ini, namun aku harus siapkan diri untuk terus kuat kerana baru aku sedar yang masih ramai sayangkan aku. Mereka kesedihan melihat jika aku jatuh. Mereka derita bila melihat aku sakit.
Train yourself to not do something you always remember to do it, it is so full of sorrow. Janggal, Aneh, Pelik dan pelbagai gelombang dalam hati ini yang sentiasa berbisik di minda untuk mengebalkan lagi diri untuk menghadapi date yang mampu menjatuhkan aku. Namun aku bersyukur kepada sang pencipta, kerana dikurniakan insan-insan yang positif dan tak tahu apa itu penat lelah membangunkan jiwa ini.
Mereka sering berkata, "Kami rindu cob yang dulu, Kami nak Cob yang dulu dan paling kami perlu, ketawa riang cob yang dulunya mampu membuat mereka berduka menjadi riang kembali". Permintaan terakhir ini yang membuat aku terfikir dengan kata-kata, "Sometime the happiest smile conquer the biggest painful".
Kepada semua insan ini, cob sedang mencuba sehabis mampu untuk bangkit dari semua ini. Aku tidak menganggap ini semua satu dugaan. Aku anggap ia satu nikmat yang akan datang ganjaranya di hari kelak. Aku bukan orang alim, ilmu agama aku sangat cetek namun, aku pernah di tanya oleh dia "Kenapa awak terlalu optimis (bersangka baik) dengan apa yang terjadi dekat awak?" Jawapan aku. Kerana Husnuzon dengan Sang Pencipta itu besar ganjarannya walaupon pada ketika itu ia sangat memedihkan.
Namun itu terjadi, aku kena terus berhusnuzon kerana ada nikmat yang menanti. Akhir kalam kali ini, Aku ingin sampaikan kata-kata dari seorang yang jauh lebih berpengalaman dan antara insan yang paling memahami keadaan aku sekarang ini,
"Sebelum mata terpejam,
Bebaskan bebaskan,
Segala rindu dendam,
Lepaskan lepaskan,
Segala hasrat terpendam,
Jangan biarkan terbenam,
Digenggam dihadam,
Tenggelam dalam dendam ".
- Amir Aliff Amir Hamzah -

Comments
Post a Comment