3 Bulan Untuk Hati

Assalamualaikum, Salam Sayang.

Kembali aku menulis di laman ini, ada sedikit ingin aku coretkan apa yang ada dalam ingatan agar perlahan degupan jantung ini. Cukup sekadar membuat aku tersenyum dan tenang seketika. Akan aku sambung tentang kisah ini.

Seperti biasa, aku menjalankan aktiviti harian aku. Namun perasaan ini mula wujud bila di suatu pagi aku bawa bekal untuk breakfast di sekolah( Makan Dalam Kelas) hahaha. Pagi tu aku tengok muka dia tak bermaya. Aku bertanya mengapa dia seperti tidak bermaya. Dia berkata bahawa semalam dia tak sempat nak makan dekat dewan makan (DM) sebab sakit perut.

Jadi aku bertanya kembali, bagaimana keadaan perut ketika sekarang ini(Pagi tersebut)?. Dia berkata dah ok sikit, so dia lapar. Mujur aku ada bawa nasi lemak 2 bungkus pada masa tu (Memang tiap-tiap pagi 2 bungkuih nasi pon) yang aku beli berhampiran Flat Mergong. Aku semawa pada dia untuk menjamah sebungkus nasi lemak tu, lalu dia menolak kerana dia tahu aku setiap pagi mesti dua bungkus. Aku berkata " Tak pa, makan jaa, sat lagi perut masuk angin lagi masalah nanti."

Lalu dia pun makan, biasa laa budak hostel lapaq kan?paham ambik laa macam mana, hahahaha. semasa dia asyik makan, aku tengok jaa dia makan, nasi aku tak sentuh pun. Punya laa lalu dia makan, aku pun semawa laa lagi sebungkus, dia menolak, lantas aku berkata "Makan laa bagi habih, pagi ni tak berasa nak makan". Dia pon, balon laa. Hahaha. Tersenyum aku di buatnya.

Secara tiba-tiba, hati aku terdetik satu perasaan yang sangat susah untuk aku alami. Seingat aku waktu itu adalah penhujung lower 6 (Kami last batch sebelum sistem semester). Namun begitu detik hati ini, lantas aku berkata pada diriku " Cob..Bagi masa dekat hati hang cob..jangan terlalu mudah untuk terdetik hati pada orang".

Lalu aku membuat keputusan "Ok cob.. 3 bulan hang bagi masa dekat hati hang untuk memastikan sama ada dia adalah The One atau tidak". Aku pon memberi masa kepada hati ini selama 3 bulan malah lebih hampir 4 bulan rasanya aku menahan rasa dalam hati ini.

Pernah dia menceritakan sejarah silam dia, zaman kecil dia, zaman budak-budak baru nak up dia dekat aku. Aku cuma dengar, melihat ke dalam matanya yg kecil itu sambil tersenyum tanpa dia sedar. Hari demi hari, aku mendengar kisahnya dan berkongsi pendapat.

Tenang rasanya dapat aku coretkan pada ketika ini. Sambil menulis pun aku masih tersenyum seperti mana dahulunya aku senyum mendengar segala kisahnya. Setakat ini sahaja dahulu coretan kali ini, Ins'allah ada umur panjang. akan aku teruskan lagi perkongsian ini. Gambar tu, sekadar hiasa sahaja yaa.

Sekian. Assalamualaikum.


Comments

Popular Posts