Jalan Kembali

Assalamualaikum, Salam sayang.

Maaf andai lama tidak mencoret disini. Aku masih dalam proses memulihkan kembali diri ini. Memang lain sangat tahun ini. Namun aku bersyukur kerana ada teman yang tak pernah bosan untuk melihat aku kembali tersenyum yang benar-benar tersenyum.

Sesungghunya aku menyerahkan segalanya kepada sang pencipta. Semalam aku bersetuju dengan seseorang yang mengatakan perjalan untuk mencapai kebahagiaan (dalam kehidupan) akan di uji sedikit sahaja oleh sang pencipta. Thanks dear for that wise word. Really happy to meet you.

Ramai yang gembira dengan keadaan aku sekarang. Namun ada ketika aku juga akan rebah tapi sentiasa ada insan yang akan terus cuba untuk membangunkan aku kembali. Really appreciate it. Teman, dia and d most important keluarga. Ada kala, aku  malu dengan mereka kerana selalu rebah sedangkan aku bukan insan seperti itu, malah akulah yang sentiasa membangunkan mereka tapi sekarang?. Apa-apa pon aku bersyukur dengan sang pencipta kerana hadirkan keluarga, sahabat-sahabat dan dia yang sentiasa buat aku tertawa.

Hati? sekarang. Aku serahkan pada sang pencipta. Just follow the flow. Aku tahu, aku tak bakalan kecewa dengan sang pencipta. Syukur aku hanya sang pencipta yang mengetahui. Terima kasih kerana temukan dia. Namun, Jauh di sudut hati. Aku kuatir andai aku terjatuh lagi, tiada siapa untuk membantu aku lagi.

Admit again? . Selain keluarga, dia juga tidak mahu aku kembali ke PMC. Risau katanya. Ins'allah selagi sahabat-sahabat, dia dan keluarga masih mampu dengar aku ketawa, aku setediii. Hahaha. Andai aku sudah tiada, jangan lupa al-fatihah untuk aku.

Sakit? Sedangkan mati itu pasti..kan? Ramai bertanya tentang ini, bagi aku. Biarr aku dan sang pencipta sahaja yang tahu. Cuma sekarang ini mungkin aku persiapkan diri selagi masih ada peluang. Really want to fulfill my life with laugh and happiness, cause that what i used to be. Selalu ceriakan orang lain sama macam dia. Hahaha.

Sedikit kata dari aku yang tak petah dalam bermadah. "Senyumlah untuk bahagiakan orang yang kita sayang".

Assalamualaikum, Salam sayang. Andai ada umur. ketemu lagi dalam coretan lain yaa.

"Laa Tahzan, Innalaha Ma'ana"

Comments

Popular Posts